As expected, he was attacked by the lady co-ordinator and even his close friend for his views until he was really upset. I received his sms-es regarding this and i too was sad. Not because he was verbally abused, but because do we need people's permission to have an opinion?
The fact that Prof Radz mentioned my name, made me doubly sad. Anugerah dan penganugerahan adalah seronok untuk diterima, tapi kalau tidak diberikan adakah bererti kita perlu berhenti berusaha? We work not because we want people to recognise us, we read we write - we do everything, because we hope to contribute something good to the world around us before it is time for us to die.
I thank you Prof Radz for proposing my name. But you and i both know that our campus, our country is ruled by 'them', mereka dengan pandangan dunia kedaerahan yang cepat puas hati memuja memuji jagoan kampung di kalangan sendiri.
My friend, let us stand down and live on to fight the good fight. And my friend, for your support - i thank you. How small i feel, with you as my friend.
- Location:on campus
- Mood:
touched
Isteri: "Abang hendak pergi ke mana? Janganlah tinggalkan saya dan anak-anak kita yang tidak berdosa ini! Tolonglah Abang, saya amat cintakan Abang!"
Suami: "Sudah... Abang hendak mencari ketenangan yang ada dengan perempuan itu. Jadi, lepaskanlah Abang, Abang sudah tidak sayangkan kamu lagi!"
[Dalam hati penonton] "Diorang ni robot ke kamus bergerak? Ada ke orang yang cakap macam tu?"
Hari ini nampaknya filem Melayu mundur setapak lagi dengan filem seram yang langsung tak seram seperti 'Congkak' dengan beberapa soalan yang perlu dijawab:
1. Perlukah minda Melayu disogok dengan tahyul merapu sebegini?, 2. Kenapa perlu babak permulaan dengan ayat Al-Quran yang suci sedangkan pastinya ramai penonton sedang dalam kegelapan dan kesejukan panggung wayang dan ramai yang datang bukan dengan muhrim sendiri (macam saya juga zaman muda dulu)?, 3. Dan, apakah perlu Pak Dukun cerita hantu Melayu menulis kalimah suci seperti 'Allah' di udara dan kemudian di'oyugennn'kan ke arah hantu setan, macam filem kartun anime Jepun dan musuh pun akhirnya meletup, cair atau hancur lebur?
Filem kita, wajah kita. Filem kita tak berkembang, orang kita otak kuncup.
- Location:on campus
- Mood:
contemplative
Mungkin ini lumrah - akan tiba detik kita tak mampu berdiri dan hanya boleh duduk. Dari satu sudut, kita hanya melihat kehidupan yang sedang berlalu laksana penonton. Dengan suara perlahan, kita akan cuba menjerit, “Aku di sini, aku wujud!” Namun tiada siapa mendengar. Mungkin detik-detik begini harus digunakan untuk terus membina kehidupan dari hanya tidur dan bermimpi.
Tapi di alam mimpi semuanya mudah sekali, kerana kita mampu melakukan apa saja dan segala-galanya. Selamat malam, dunia.
- Location:di rumah
- Mood:
pensive
Welcome to my Livejournal site, and as the tagline says, this really is my personal diary, well except for the fact that it's public. Keadaan seperti ini kita gelar sebagai paradoks - yakni apabila dua perkara yang bertentangan wujud di dalam sesuatu.
Jika difikirkan semua manusia adalah paradoks. And, it it due to this paradox that TeechConsult's Journal is live and on air. I needed some space to write... just write, what i feel and think.
So, please do not expect to read measured arguments with academic references here. Saya akan menulis tentang apa saja dan segalanya yang diterima melalui deria, dirasai di dalam hati dan yang terfikir di dalam otak. It is by the way, MY diary.
I shout so loudly, quietly. I am surrounded by people, i am alone.
Now, hear me talk. Without my voice.
- Location:not here nor there
- Mood:artistic