Malu untuk diakui saya jarang menonton filem Melayu. Pertama, kerana skrip percakapan baku yang langsung tidak mencerminkan realiti. Misalnya:
Isteri: "Abang hendak pergi ke mana? Janganlah tinggalkan saya dan anak-anak kita yang tidak berdosa ini! Tolonglah Abang, saya amat cintakan Abang!"
Suami: "Sudah... Abang hendak mencari ketenangan yang ada dengan perempuan itu. Jadi, lepaskanlah Abang, Abang sudah tidak sayangkan kamu lagi!"
[Dalam hati penonton] "Diorang ni robot ke kamus bergerak? Ada ke orang yang cakap macam tu?"
Hari ini nampaknya filem Melayu mundur setapak lagi dengan filem seram yang langsung tak seram seperti 'Congkak' dengan beberapa soalan yang perlu dijawab:
1. Perlukah minda Melayu disogok dengan tahyul merapu sebegini?, 2. Kenapa perlu babak permulaan dengan ayat Al-Quran yang suci sedangkan pastinya ramai penonton sedang dalam kegelapan dan kesejukan panggung wayang dan ramai yang datang bukan dengan muhrim sendiri (macam saya juga zaman muda dulu)?, 3. Dan, apakah perlu Pak Dukun cerita hantu Melayu menulis kalimah suci seperti 'Allah' di udara dan kemudian di'oyugennn'kan ke arah hantu setan, macam filem kartun anime Jepun dan musuh pun akhirnya meletup, cair atau hancur lebur?
Filem kita, wajah kita. Filem kita tak berkembang, orang kita otak kuncup.

- Location:on campus
- Mood:
contemplative