Mr Busy
Semasa bekerjasama dengan Kak Zieha dan kumpulan produksi e-media (televisyen) di JAKIM Putrajaya, kami berjaya menerbitkan 15 episod rancangan 'Reflections' yang sudah beberapa diulang-siar di RTM TV1. Antara fokus kami adalah usaha 'mengikat' kembali Islam dengan sains, teknologi dan nilai keilmuan.

Islam is a religion of learning and of knowledge - no matter what you hear in the news nowadays. Do not: (1) Equate Muslim extremism with Islam; (2) Separate between religion and knowledge, (3) Think that the cradle of knowledge is the Western world - learning and the search for knowledge has been the focus of Muslim scholars thousands of years ago.
 
Yang menjadi masalah hari ini, adalah umat Islam sendiri. Contohnya, di Malaysia. Bandingkan kemajuan dan perkembangan Malaysia, dengan sebuah negara yang dicop sebagai pengganas dan terkebelakang, iaitu Iran. Sumber dipetik dari Bernama:

By Nor Faridah Abd Rashid for Bernama, Wednesday, February 25, 2009.

TEHRAN, Feb 24 - There were no cultural performances, children parading in colourful attire nor colourful floats when the Islamic Republic of Iran celebrated the 30th anniversary of the Islamic Revolution last Tuesday.

Thirty years after the Islamic revolution, Iran has much to show off, especially in the field of science and technology. It just launched its first domestically manufactured satellite called Omid (hope) into orbit on Feb 2, which became the pride of the Muslim world.

The satellite, carried on a Safir-2 rocket, is meant for telecommunications and research purposes and Iran is now one of the only eight countries that possess the complete cycle of launch pad, rocket reception station and satellite.

Congratulations Iran. And now how about MALAYSIA?

Mr Nonsense
Malu untuk diakui saya jarang menonton filem Melayu. Pertama, kerana skrip percakapan baku yang langsung tidak mencerminkan realiti. Misalnya:

Isteri: "Abang hendak pergi ke mana? Janganlah tinggalkan saya dan anak-anak kita yang tidak berdosa ini! Tolonglah Abang, saya amat cintakan Abang!"
 
Suami: "Sudah... Abang hendak mencari ketenangan yang ada dengan perempuan itu. Jadi, lepaskanlah Abang, Abang sudah tidak sayangkan kamu lagi!"

[Dalam hati penonton] "Diorang ni robot ke kamus bergerak? Ada ke orang yang cakap macam tu?"

Hari ini nampaknya filem Melayu mundur setapak lagi dengan filem seram yang langsung tak seram seperti 'Congkak' dengan beberapa soalan yang perlu dijawab:

1. Perlukah minda Melayu disogok dengan tahyul merapu sebegini?, 2. Kenapa perlu babak permulaan dengan ayat Al-Quran yang suci sedangkan pastinya ramai penonton sedang dalam kegelapan dan kesejukan panggung wayang dan ramai yang datang bukan dengan muhrim sendiri (macam saya juga zaman muda dulu)?, 3. Dan, apakah perlu Pak Dukun cerita hantu Melayu menulis kalimah suci seperti 'Allah' di udara dan kemudian di'oyugennn'kan ke arah hantu setan, macam filem kartun anime Jepun dan musuh pun akhirnya meletup, cair atau hancur lebur?

Filem kita, wajah kita. Filem kita tak berkembang, orang kita otak kuncup.

Malam-malam, meneruskan kehidupan.

  • 18th Jan, 2009 at 4:42 AM
Mr Daydream
Hari ini bermula lewat kerana bermimpi. Mimpi yang cuba mengingati malam-malam yang berlalu dalam merancang kehidupan. Siapa tak pernah sesekali berasa sedikit letih untuk meneruskan hidup, mungkin kerana keletihan, mungkin juga kerana kerisauan. Apapun sebabnya hidup mesti diteruskan dengan terbitnya matahari, walaupun diri setengah mati ingin tidur sejam lagi, dan sejam lagi selepas itu.

Mungkin ini lumrah - akan tiba detik kita tak mampu berdiri dan hanya boleh duduk. Dari satu sudut, kita hanya melihat kehidupan yang sedang berlalu laksana penonton. Dengan suara perlahan, kita akan cuba menjerit, “Aku di sini, aku wujud!” Namun tiada siapa mendengar. Mungkin detik-detik begini harus digunakan untuk terus membina kehidupan dari hanya tidur dan bermimpi.

Tapi di alam mimpi semuanya mudah sekali, kerana kita mampu melakukan apa saja dan segala-galanya. Selamat malam, dunia.
The Teech

Welcome to my Livejournal site, and as the tagline says, this really is my personal diary, well except for the fact that it's public. Keadaan seperti ini kita gelar sebagai paradoks - yakni apabila dua perkara yang bertentangan wujud di dalam sesuatu.

Jika difikirkan semua manusia adalah paradoks. And, it it due to this paradox that TeechConsult's Journal is live and on air. I needed some space to write... just write, what i feel and think.

So, please do not expect to read measured arguments with academic references here. Saya akan menulis tentang apa saja dan segalanya yang diterima melalui deria, dirasai di dalam hati dan yang terfikir di dalam otak. It is by the way, MY diary.

I shout so loudly, quietly. I am surrounded by people, i am alone.

Now, hear me talk. Without my voice.